ENTRY ABOUT LINKIES TUTOBIES +FOLLOW DBOARD NEWER OLDER

You're My Destiny (Bab 1)
Saturday 31 October 2015 - Permalink - 0 Comments
                    Vila mewah di hadapannya dipandang dengan senyuman lebar. Ah! Sungguh dia rindu pada vila ini yang mengisi seluruh kenangan zaman kanak-kanaknya. Langkah kaki diatur perlahan ke arah pondok pengawal keselamatan. Kelihatan dua orang lelaki di situ sedang berborak-borak sambil memerhatikan kawasan. Sebaik terpandangkannya, kedua-dua mereka mendekati. 
      "Ya cik. Cari siapa ya?" Salah seorang daripada mereka bertanya. Mungkin pelik kerana tidak pernah melihatnya.
      Dia tersenyum manis. Dia sangat mengenali si gerangan yang bertanya. Mungkin lelaki tua itu sudah lupa akannya memandangkan sudah lama dia meninggalkan vila ini. "Saya Ellyssa. Ellyssa Raisha. Pak Karim tak ingat saya lagi eh? Sampai hati."
      Pak Karim sudah mengerutkan dahinya. Dia memandang anak buahnya, Khairul di sebelah yang turut terpinga-pinga. Dia seperti mengenali nama itu. "Ellyssa Raisha? Elly.. Ya Allah! Cik Elly!" Matanya terbeliak. Terkejut dengan kepulangan gadis itu semula ke vila mewah ini. Pintu pagar segera dibuka. "Masuklah, Cik Elly. Maafkan saya sebab tak berapa cam cik tadi."
      Ellyssa tersenyum lagi. "Tak apa, Pak Karim. Lagipun dah lama sangat kita tak jumpa. Dah lima tahun kan?" Dia memandang seorang lelaki yang mungkin masih remaja. "Siapa ni Pak Karim?"
      Pak Karim memandang anak buahnya yang kelihatan malu. Dia tersenyum. "Oh! Dia ni anak buah Pak Karim. Baru start kerja. Dia kalau cuti sekolah je datang sini bertugas. Nak cari income katanya." Ditepuk bahu anak muda itu yang sedang menunduk. 'Malulah tu.'
      Ellyssa menganggukkan kepalanya. "Adik form berapa?"
      Khairul mengangkat wajah memandang wajah cantik itu. 'Ya Allah, cantiknya dia. Hesy! Khairul! Jangan nak gatal eh!' Dia mengingatkan dirinya. Ditepuk-tepuk pipinya perlahan. Tanpa sedar perbuatannya itu diperhati pelik oleh Ellyssa dan Pak Karim.
      Ellyssa mengerutkan dahinya melihatkan perlakuan itu. 'Dah kenapa budak ni?'
      Pak Karim menepuk bahu anak buahnya itu bagi menyedarkannya. "Rul, kan Cik Elly tanya tu?" 
      Khairul tersedar. Dia tersengih seketika. "Sorry. Saya form five, Cik Elly."
      "Oh! Spmlah maknanya tahun ni. Hmm belajar sungguh-sungguh tau. Nanti boleh kerja besar-besar. Kalau tak faham apa-apa, jangan segan tanya akak."
      Khairul dan Pak Karim saling berpandangan. Terkejut dengan gelaran yang digunakan oleh gadis cantik itu. "Err akak?" Tanya Khairul perlahan.
      Ellyssa tertawa ceria. "Alaa.. Panggil akak je. Kita beza dua tahun. Tak payah nak panggil cik cik sangat. Formal sangat. Pak Karim ni pun suka sangat panggil Cik Elly. Elly je cukup ok." Celotohnya panjang.
      "Tapi..." Bicara Pak Karim sudah dipotong terlebih dahulu.
      "Ok tutup buku pasal ni. Elly nak masuk dulu. Nanti kita borak lagi ok. Bye dik. Bye Pak Karim." Dia sudah terlupa mengenai tujuannya datang ke sini gara-gara leka berborak dengan dua orang pengawal keselamatan itu.
      "Eh Cik Elly! Jauh tu nak jalan masuk. Mari saya hantar." Khairul menahan langkah gadis itu.
      "Hmm tak apa ke?" Serba salah pulak dia. Tapi memang jauh pun nak masuk.
      "Tak apa Cik Elly. Khairul boleh hantar naik motor. Rul, hati-hati bawak motor tu." Pak Karim pula bersuara. Dia dan Khairul masih janggal mahu menggunakan gelaran yang gadis itu suruh sebentar tadi.
      Ellyssa mengangguk. Dia terus membonceng motor yang bakal dipandu oleh Khairul. Sewaktu perjalanan, Ellyssa mengambil kesempatan untuk bertanya soalan. "Erm dik. Boleh akak nak tanya something tak?"
      "Tanya apa, Cik Elly?" Sebaik sahaja dia menyahut, bahunya ditepuk kuat. "Adoi!"
      Ellyssa gigit bibir. "Kan dah cakap tadi kan? Panggil akak or Kak Elly. No more Cik Elly ok!"
      Khairul mengangguk akur dalam serba salah. Rasa janggal pula mahu menukar gelaran.
      "Hmm family Tan Sri Khairudin ok?" Sambungnya semula.
      Khairul berkerut dahi. "Ok macam mana, kak?" Cuba juga gunakan panggilan itu atas permintaan gadis itu.
      "Diorang  sihat tak? Ada apa-apa yang buruk berlaku ke?"
      Khairul berfikir sebentar. "Rasanya tak ada. Diorang ok dan sihat je. Saya tak berapa tahu sebab saya cuma datang bertugas waktu cuti je. Hmm kenapa akak tanya macam tu?" Dengan penuh hati-hati dia bertanya. Dia pelik. Takkan gadis itu tidak saling berhubung dengan ahli keluarga sendiri?
      Ellyssa hanya mendiamkan diri. Kemudian dia membalas, "Tak ada apa-apalah dik. Saja tanya khabar." 
      Khairul mengangguk faham. Dia menumpukan perhatian ke atas tunggangannya. Berhati-hati seperti pesanan bapa saudaranya.
      Tidak lama kemudian mereka berhenti di hadapan rumah mewah. Ellyssa turun dari motor. Dia memerhatikan rumah mewah itu dengan genangan air mata. 'Rindunya..." Rintihnya perlahan.
      Khairul perasan akan mata gadis itu yang berair. 'Hmm rindulah tu kat family. Mesti dah lama dia tak balik rumah.' Dia juga turun dari motor lantas melangkah ke arah pintu utama. Pantas dia menekan loceng. Ting tong! Beberapa saat kemudian, pintu tersebut dibuka. Kelihatan seorang wanita tua dengan pakaian apron keluar. 
      "Kenapa Rul?" Wanita tua itu bertanya sambil memandang wajah anak buah Pak Karim.
      Khairul tidak menjawab. Dia menoleh ke arah Ellyssa yang sedang merenung wajah wanita tua itu. "Kak Elly. Marilah sini." Dia menggamit tangan ke arah gadis cantik itu.
      Ellyssa tersedar lantas segera mendekati mereka berdua.
      Wanita tua itu sudah berkerut sebaik terpandangkan wajah cantik itu. 'Siapa ni eh? Macam pernah tengok muka dia ni.' Soalnya di dalam hati.
      Khairul menoleh ke arah wanita tua itu semula. "Ha Mak Sum! Kenalkan ini Cik Elly. Cik Ellyssa Raisha."
      "Mak Sum! Ini Ellylah. Mak Sum tak ingat saya dah?" Soal Ellyssa sebaik sahaja berdiri di hadapan wanita tua itu.
      Mak Sum cuba mengingati nama itu. Macam pernah dengar. "Elly? Cik Elly? Ha!" Matanya terbeliak. Reaksi yang sama yang ditunjukkan oleh Pak Karim sebentar tadi. Mak Sum menutup mulut. "Ya Allah! Elly! Ya Allah!" Tak terkata-kata dia apabila melihat gadis itu. 
      Ellyssa sudah memeluk tubuh tua itu. "Elly rindu Mak Sum!" Pelukan dieratkan. Air mata sudah berlinangan.
      Mak Sum membalas pelukan itu. Dia juga merindui gadis itu. "Ya Allah! Mak Sum pun rindukan kamu juga, nak. Lama dah kamu tak balik." Bahu gadis itu digosok-gosok lembut.
      Khairul tersenyum melihatkan situasi di hadapannya. 'Mesti dah lama tak jumpa ni.'
      Ellyssa meleraikan pelukan lalu dilap air matanya. Dia tersenyum. "Hmm Mak Sum. Diorang ada kat rumah?"
      Mak Sum terdiam. Perlahan kepala digeleng. "Semua dah keluar. Masing-masing memang ada aktiviti hujung-hujung minggu macam ni."
      Ellyssa mengangguk. Hatinya mula sebak. 'Nampak sangat daddy dengan mommy tak bagitahu yang lain aku balik hari ni.' 
      "Hmm saya gerak ke pondok dululah ya kak. Nanti pak cik tercari-cari pulak nanti." Khairul bersuara setelah lama mendiamkan diri.
      Kedua-dua wanita itu memandangnya. Ellyssa mengangguk mengizinkan. "Erm pergilah." 
      Beberapa saat kemudian, motosikal yang ditunggangi Khairul sudah hilang dari pandangan. Ellyssa menoleh semula ke arah Mak Sum.
      "Eh! Aah. Mari sini beg Elly. Biar Mak Sum letakkan dalam bilik Elly yang dulu. Baru sahaja dia mahu mengambil beg yang disandang oleh gadis itu, perbuatannya dihalang. 
      "Tak apa, Mak Sum. Elly nak tunggu diorang balik. Yalah manalah tahu kalau diorang tak boleh terima Elly duduk sini kan?" Suaranya perlahan.
      Mak Sum sudah terdiam. Dia tahu apa maksud bicara gadis itu. Bukan dia tidak tahu apa yang terjadi pada keluarga Tan Sri Khairudin lima tahun lepas. "Oklah kalau macam tu Elly tunggu dekat ruang tamu ya."
      Ellyssa menggeleng. "Elly rasa nak jalan-jalan sekitar vila ni dululah, Mak Sum. Rindu sangat."
      Mak Sum mengangguk faham. Dia hanya memerhati gadis itu melangkah keluar dari rumah ini. Dia kemudiannya melangkah ke dapur bagi melihat kerja anak-anak buahnya.






      Ellyssa bergerak ke arah gelanggang bola keranjang. Sebaik sahaja sampai di tempat kegemarannya bersama dua abangnya dahulu, dia tersenyum. Terkenang kembali kenangan lima tahun lepas sewaktu mereka belum berpisah.
      "Apa ni along? Main tipulah dia ni!" Dipukul-pukul badan lelaki itu yang baru sahaja menjaringkan gol.
      Alongnya, Adamy tertawa kuat sambil bertepuk tangan bersama angahnya, Zachary. Suka kerana dapat mengenakan adik bongsu kesayangan mereka. 
      Ellyssa berjalan meninggalkan gelanggang itu. Sakit hati mendengar tawa mereka berdua. Namun baru beberapa langkah, badannya terasa seperti dilambung. "Apa ni? Turunkan!!" Terjerit-jerit dia apabila dia dilambung ke atas oleh kedua-dua abangnya. "Akak!! Tolong Elly!!" Dia meminta bantuan Anyssa sebaik sahaja melihat kedatangan kakaknya itu. 
      Anyssa segera berlari mendekati mereka. Sesampai sahaja dia di gelanggang, kedua-dua telinga abangnya ditarik menyebabkan mereka menghentikan lambungan. "Tak ada kerja lain eh? Karang kalau Elly jatuh, siapa yang susah? Hesy! Macam budak-budaklah along dengan angah ni. Report dengan mommy dengan daddy karang baru tahu." Dilepaskan telinga mereka berdua.
      Ellyssa tersenyum kemenangan manakala Adamy dan Zachary sudah menarik muncung. Telinga masing-masing sudah merah disebabkan perbuatan Anyssa. 
      "Kau ni Nyssa. Sama saja dengan mommy. Suka main telinga tau! Huh!" Adamy mendengus kuat.
      Zachary meluku kepala Anyssa. "Ha! Amek kau! Sakit telinga angah tahu tak?!" 
      Anyssa tersengih. "Siapa suruh usik adik kesayangan Nyssa lagi? Kan dah kena." 
      "Dia pun adik kesayangan kitorang ok!" Adamy dan Zachary menjawab serentak.
      Ellyssa senyum, terharu apabila mengetahui ketiga-tiga adik-beradiknya begitu menyayanginya. "Alolo.. Elly pun sayang korang gak. Meh sini Elly kasi a big hug." Dipeluk ketiga-ketiga insan kesayangannya. Pelukannya turut dibalas erat.
      Air mata yang menitis di pipi menyentaknya dari lamunan panjang. Diseka air jernih itu. "Ah! Rindunya kat korang!" Rintihnya perlahan. Kemudian dia terlihat bola keranjang yang berada di tengah-tengah gelanggang. Diambil bola itu lalu langkah diatur ke hadapan jaring. Dia berdiri di luar kawasan gol. Direnung jaring itu. "Hmm okey lagi tak skill aku?" Dengan bacaan bismillah, bola dilontar ke dalam jaring dan gol!! Dia melompat kegirangan. 
      "Siapa benarkan kau sentuh bola kitorang?" Suara dingin itu menghentikan lompatannya. Dia menoleh ke belakang. Kelihatan dua insan kesayangannya sedang merenungnya dengan tajam. Air matanya bergenang. Pantas dia berlari ke arah mereka. Baru sahaja dia mahu memeluk mereka berdua, tubuhnya ditolak kuat sehingga membuatkannya hilang imbangan lalu jatuh terduduk. Dia terkejut dengan reaksi itu. Dipandang wajah mereka berdua.
      "Along? Angah?" Sebutnya perlahan.
      Adamy dan Zachary mendekatinya. Mereka duduk bertinggung. Tiba-tiba dagunya dicengkam oleh Zachary. "Apa hal kau balik sini ha?!"
      Ellyssa terkedu dengan soalan itu. Dia tidak tahu bagaimana mahu menjawab.
      "Kau tahu tak kitorang dah bahagia dengan kehidupan kitorang tanpa kau? Kenapa kau balik?" Giliran Adamy pula bersuara.
      Ellyssa telan liur. "Elly... Elly..."
      Zachary mengangkat jari telunjuknya lalu diunjukkan tepat ke muka Ellyssa. "Kau jangan nak gunakan panggilan tu. Aku tak suka! And aku tak pernah kenal siapa yang namanya Elly. Faham!" Sesudah memberi amaran, dia bangun lalu meninggalkan gelanggang dengan wajah cemberut.
      Adamy bangun, mahu mengikut jejak adik keduanya. Baru sahaja dia ingin melangkah, lengannya dipegang. Dia tidak menoleh ke belakang.
      "Along... Maafkan Elly.." Rayunya namun tidak dibalas. Lengan Adamy yang dipegang direntap kuat. Dia hanya memerhatikan langkah abang sulungnya yang semakin menjauhinya. Dia terduduk semula. "Granny.. They hate me.." Air matanya turun dengan lebih lebat.





      Suasana di ruang tamu sepi daripada sebarang suara. Masing-masing hanya mendiamkan diri. Tidak tahu apa yang mahu dibicarakan.
      Tan Sri Khairudin berdeham apabila melihatkan tiada seorang pun yang bersuara. Dia memandang gadis yang duduk berhadapan dengannya yang sedang menundukkan wajah. "Hmm awak balik sini terus ke?"
      Ellyssa menggigit bibir. Sedih apabila nama 'Elly' turut tidak terlafaz di bibir daddynya. Dia mengangkat wajah. Kelihatan lima pasang mata sedang merenungnya tajam menantikan jawapan. "Ya, daddy." Jawabnya perlahan.
      "Dasar tak malu! Dulu dia jugak yang tak nak tinggal dengan kita! Mentang-mentang daddy dah kaya!" Anyssa yang duduk di antara kedua abangnya bersuara kasar.
      Ellyssa menunduk semula. 'Maafkan Elly.' 
      Puan Sri Anastacia hanya mendiamkan dirinya. Dia tidak memandang wajah yang amat dirinduinya dahulu. Sekarang perasaan rindu itu sudah tiada lagi. Malah perasaan benci pula yang menghuni hatinya. Dia mendengus kasar. "Bang, saya masuk bilik dululah ya. Penat. Panas!" Sengaja ditekan perkataan panas itu. Dia pantas bergerak meninggalkan ruang tamu sebaik sahaja suaminya menganggukkan kepala mengizinkan.
      "Kitorang pun sama, daddy. Panaslah pulak duduk sini!" Anyssa bersuara manakala Adamy dan Zachary mengangguk mengiyakan. Mereka juga meninggalkan ruang tamu sebaik mendapat keizinan daripada daddy mereka.
      Ellyssa memerhati langkah insan-insan kesayangannya dengan perasaan sebak. 'Diorang benci Elly, granny. Ini semua salah Elly..' Rintihnya dalam hati.
      Tan Sri Khairudin merenung wajah anak bongsunya yang sedang memerhati adik-beradiknya. Dia nampak garis-garis sendu di wajah itu. Dia kasihan namun hatinya sendiri masih lagi sakit dengan apa yang dibuat Ellyssa lima tahun yang lalu. "Mak Sum!" 
      Mak Sum segera berlari ke arah ruang tamu sebaik terdengarkan namanya dipanggil. "Ya, Tan Sri."
      "Tunjukkan bilik Cik Elly di mana. Suruh anak buah Mak Sum angkat beg dia." Dia bangun sejurus memberi arahan. 
      Mak Sum mengangguk faham. 
      "Daddy..." Langkah Tan Sri Khairudin terhenti sebaik sahaja namanya diseru. Dia tidak menoleh.
      Ellyssa bangun mendekati Tan Sri Khairudin lalu dipeluk tubuh itu dari belakang. Air matanya menitis lagi. "Maafkan Elly, daddy. Maafkan Elly..."
      Tan Sri Khairudin tidak beriak. Dia melepaskan pelukan erat itu. "Tak ada apa yang nak dimaafkan. Lagipun benda tu dah lama. Saya pun dah tak ingat dah." Kali ini dia segera melangkah meninggalkan ruang tamu.
      Ellyssa menangis teresak-esak. Dia kemudiannya berlari keluar dari vila bersama beg yang masih disandangnya. 
      "Cik Elly! Cik Elly!" Panggil Mak Sum namun kelibat gadis itu sudah tidak kelihatan. Air matanya turut bergenang melihatkan keadaan gadis itu tadi. "Kesian kamu nak. Bukan salah kamu semua yang terjadi lima tahun lepas. Ya Allah, Kau tabahkanlah hati anak itu. Bukakanlah pintu hati ahli keluarganya untuk menerimanya semula, Ya Rabb. Amin." Dia hanya membiarkan gadis itu melepa
     
Cintaku Si Gadis Hyper (Bab 1)
Sunday 18 October 2015 - Permalink - 0 Comments
2015

      Sambut rinduku
      Pejamkan mata aku untukmu
      Rebahkan semua
      Nantikan aku kan datang padamu



      "Woi!! Tak payah nak sambut rindu bagai kat sini. Dahlah memekak betul-betul kat telinga aku. Habis cair taik telinga aku. Tak sempat nak mengeras."
      "Ish!! Dasar pengotor!"
      "Hahaa.. Bongok syiak dak Pan. Tapi kan Pan, kalau kau nak benda tu keras, kau letak je kat fridge bahagian beku. Nanti confirm keras."
      "Ni lagi sekor! Dahlah Encik Irfan dan Encik Shahrul oi. Aku gelilah gila."
      "Eleh! Yalah Cik Melyssa oi. Kami tak buat dah."
      "Hmm good. Weh Pan! Nak tengok homework bi weh. Aku tak siap lagi."
      "Ah kau! Asal tak siap homework je cari aku. Cuba cari yang lagi tiga teruna ni."
      "Masalahnya aku tahu budak tiga ekor ni tak siap. Diorang mana pernah siap homework." Habis saja berkata, kepalanya terus diluku.
      "Woi! Habis rambut akulah mangkuk!"
      Shahir dan Hakimy tertawa melihat rambut gadis itu yang tadinya elok berikat terus terburai dan kusut hasil tangan Shahrul. Irfan tersengih.
      "Padan muka! Kutuk kitorang depan-depan lagi. Kau nak kata kitorang, kau tu macam homework siap sangat."
      Melyssa mendengus perlahan. "Biarlah. Mulut aku, bukan mulut kau."
      Keempat-empat pelajar lelaki itu menggelengkan kepala masing-masing. Kalau lawan mulut dengan Melyssa, memang nak menang je kerja gadis itu.
      "Dahlah. Memekak je kerja korang ni. Nah, amik buku aku ni. Baik kau siapkan cepat. Kejap lagi Miss Fatty nak masuk."
      "Yalah. Aku nak siapkanlah ni. Ni ha tiga ekor ni mengacau. Aku dahlah malas nak dengar suara gedik dia membebel. Boleh pekak nanti jadinya."
      "Weh Mel! Kongsi ah. Kitorang nak tengok gak," Hakimy bersuara.
      "Hesy! Sibuklah. Bagi aku duduk tengah. Korang dahlah besar. Habis buku Ipan tak nampak bayang nanti."
      "Rul, nampaknya ada orang nak kena luku lagi weh." Shahir pula yang bersuara mahu mengusik Melyssa.
      "Tulah pasal. Siku aku dah gatal ni."
      "Kau berani luku aku lagi. Jap lagi ada tiga-tiga makan kasut aku yang dah dua bulan tak basuh ni." Shahrul, Shahir dan Hakimy cepat-cepat menutup mulut mereka.
      Irfan sudah menggeleng kepala. Beginilah kehidupan mereka sebagai lima sahabat. Kalau tiada usik-mengusik memang tak sah.





      "Aduh! Dua bulan lagi nak SPM. Macam mana ni? Mel, macam mana ni?" 
      Perbuatan Melyssa yang sedang mendengar lagu terbaru Akim & The Majistret, Obses di Youtube terus tergendala. Dia mencabut headphone berwarna putih yang dibelikan oleh mommynya, Puan Sri Sheera lalu disangkutkan ke bahu. Dia menoleh ke arah sepupunya, Syafiqah yang mundar-mandir di dalam biliknya.
      "Kau nak takut apa? Kau kan pandai. Selalu score. Tak yah risau sangatlah."
      "Masalahnya aku nervous kau tahu tak? Kau takkan tak nervous langsung sih?"
      "Ada jugak. Tapi nak tak nak aku kena ambil test gak. Nervous tu normallah untuk orang yang nak exam. Tapi kalau kau nervous sangat, terlalu fikirkan sangat, nanti kau nak study pun susah nak masuk. Cuba cool down." Melyssa menasihati sepupu rapatnya merangkap satu-satunya sahabat perempuannya di sekolahnya. Dia sudah lali dengan sikap gelabah tak menentu gadis itu.
      "Hmm okay. Cool down. Fuh!" Syafiqah menarik nafas dan menghembus nafas dengan perlahan-lahan.
      Melyssa menggelengkan kepalanya. Dia menyambung semula mendengar lagu penyanyi kegemarannya, Akim. Kali ini dia menguatkan bunyi agar tidak diganggu lagi.
      Tuk! Tuk! Tuk! "Mel! Oh Mel!"
      Syafiqah yang sedang melakukan proses bernafas terus berhenti. "Mel! Mel! Mommy kau panggil. Mel!" Melihatkan tiada balasan daripada sepupunya itu, dia segera bergerak ke pintu bilik tidur Melyssa. Dalam hatinya sempat berkata, 'Saja je kuatkan volume. Tak nak aku kacaulah tu. Hehee..'
      "Yes, mak ngah. Anak mak ngah tu tengah khusyuk dengar Akim dia nyanyi." Syafiqah menjuihkan bibir ke arah Melyssa yang sedang menghadap laptop Applenya di meja belajar.
      Puan Sri Sheera sudah bercekak pinggang. "Bukannya nak study anak dara ni. Hadap Akim je kerja dia." Dia berjalan mendekati anak bongsunya itu yang masih tidak menyedari kehadirannya di dalam bilik itu.
      "Sambut rinduku... Pejamkan mata aku untukmu.." Melyssa yang tidak sedar akan kehadiran mommynya di belakang terus bernyanyi.
      "Melyssa Sofea!"
      "Oh sambut rinduku!" Tepukan kuat di bahunya telah mengejutkannya. 
      Syafiqah tergelak terbahak-bahak mendengar latah sepupunya itu.
      "Eh mommy! Bila mommy masuk sini? Tak perasan pun?" Melyssa sudah tersengih-sengih melihatkan wajah bengis Puan Sri Sheera. Dalam hatinya berkata, 'Habis aku!'
      "Macam mana nak perasan? Kalau Mel dah dok hadap Akim tu, bom meletop dah nak meletup kat sebelah pun tak perasan!"
      "Hehehe.. Relax mommy. Bawak bertendang. Au au sakit mommy! Adoii!"
      Puan Sri Sheera melepaskan pipi gebu anaknya itu. "Loyar buruk je kerja. Bawak bertendang bawak bertendang! Bawak bertenang."
      Syafiqah tertawa lagi. Melyssa sudah menjeling sepupunya dengan pandangan 'Oh! Sedapnya gelakkan aku. Siap kau lepas ni!'
      Syafiqah menjelirkan lidahnya. 'Ada aku kisah?'
      "Sudah! Tak payah nak main isyarat mata kat sini. Mel, tu pakwe-pakwe kamu dah datang tu. Kat bawah. Diorang tunggu Mel kat kolam renang."
      Senyuman Syafiqah yang melebar terus pudar perlahan-lahan sebaik sahaja mendengar 'pakwe-pakwe' daripada mulut mak ngahnya.
      Melyssa sudah menjongket-jongketkan keningnya ke arah Syafiqah. 'Tak nak turun bawah sekali ke cik kak oi?'
      Syafiqah menjegilkan mata dan membalas, 'Aku malas nak jumpa mamat gedik tu.'
      "Hesy budak dua orang ni! Main isyarat mata je kerja. Mommy nak turun siapkan lunch. Mel turun. Kesian diorang tunggu dari tadi."
      "Yalah. Jap lagi Mel turun." 
      Sebaik sahaja kelibat Puan Sri Sheera menghilang, dia terus mengambil laptop Applenya lalu bergerak ke arah pintu. Sebelum melangkah keluar, dia menoleh. "Tak nak ikut ke, Syaf?" Dia senyum penuh makna,
      Syafiqah mendengus melihatkan senyuman itu. Dah faham dah. "Malas. Aku nak tidur."
      "Ok. Jangan menyesal tak dapat jumpa dia." 
      "Tak hingin punlah!" Syafiqah membaling bantal ke arah sepupunya yang kuat mengusik itu.
      "Chill babe. Joking je.By the way, angkat balik pillow aku tu. Kalau tak aku cakap dengan dia kau nak couple dia." Melyssa mengenyitkan matanya.
      "Melyssa Sofeaaa!!!" 
      Melyssa segera berlari turun ke bawah. Gorilla dah mengamuk!
      Sebaik sahaja sampai di bawah, dia terserempak dengan Puan Sri Syeera yang baru keluar dari dapur dengan membawa senduk di tangan.
      "Mel! Kenapa Syaf jerit-jerit tu? Sampai kat bawah dengar."
      Melyssa tersengih. "Tak ada apa mommy. Mel usik dia sikit."
      Puan Sri Syeera menggelengkan kepalanya. Anak bongsunya ini kalau tidak mengusik orang memang mati kutu agaknya. "Hmm macam-macam." Dia masuk semula ke dapur untuk menyambung aktiviti memasaknya yang tergendala tadi.
      Melyssa pula terus bergerak ke kolam renang rumahnya yang menjadi tempat lepak dia bersama keempat-empat sahabat lelakinya.
      "Hai guys! Sorry Mel lambat. Busy sikit." Melyssa terus membuat muka comel sebaik melihat muka tegang mereka.
       Mereka tidak bersuara. Tetapi hanya merenungnya dengan pandangan yang menggerunkan seperti mahu menelan orang. Melyssa menelan liur. 'Ini betul-betul marah ni. Tamatlah riwayat kau lepas ni Mel oi!'
       Tiba-tiba keempat-empat mereka mendekati Melyssa. Belum sempat dia memecut meninggalkan tempat itu, dia sudah dilambung masuk ke dalam kolam. Nasib baik dia sudah meletakkan laptop Apple kesayangannya di atas meja terlebih dahulu. Kalau tidak, mahu laptopnya sekali menerima nasib sepertinya, basah kuyup.
       Irfan, Shahrul dan Shahir sudah tertawa terbahak-bahak manakala Hakimy merakam wajah Melyssa yang sudah ditutupi rambut perang aslinya menggunakan telefon pintarnya. Saat seperti itu itu tidak akan dilepaskannya begitu sahaja. Kelakar melihatkan keadaan gadis itu. Tidak nampak muka langsung.
       Melyssa menepuk air dengan kuat, geram. "Apa masalah korang ni?!!!! Aku dah mandilah mangkuk!"
       "Ha!Tu lah! Buat kitorang tertunggu-tunggu lagi. Kan dah basah. Hahahaa.." Shahrul menjelirkan lidahnya ke arah Melyssa.
      "Hmm.. Yalah. Aku tahu aku salah. Sorry." Melyssa tersenyum penuh makna ke arah mereka berempat. 'Habislah korang.'
      Shahrul menyiku Irfan. Dia berbisik perlahan. "Weh Pan. Kau tak rasa senyuman budak ni lain macam ke?"
      Irfan mengangguk. "Aah. Aku pun rasa macam tu. Lagipun all this while, bukan main susah kita nak dengar dia say sorry, tapi hari ni? Senang gila perkataan tu keluar daripada mulut dia yang becok tu."
      Melyssa menggigit bibir. Bukan dia tidak dengar apa budak dua orang tu cakap tentangnya. Berbisik tapi macam nak bagi satu kampung dengar. 'Sempat korang kutuk aku eh? Siap korang lepas ni.' Melyssa menganggukkan kepalanya.
      "Dah kenapa main angguk-angguk kepala pulak ni? Dia ni..." Kata-kata Shahir terhenti. "Aduh! Aduh! Sakit!!!"
      "Auch! Auch! Sakit mommy! Ampun mommy!" Shahrul dan Irfan mengangkat kedua-dua tangan lalu digosokkan. Tidak tahan kesakitan dipiat telinga oleh Puan Sri Sheera.
      "Daddy! Adoidoi! Sakit dy!" Shahir dan Hakimy pula dipiat telinga oleh bapa Melyssa, Tan Sri Mansor yang baru pulang dari kerja.
      Melyssa tersenyum sinis. Dia menjelir lidahnya kepada keempat-empat remaja lelaki yang sedang dikerjakan kedua ibu bapanya. "Padan muka korang! Buli aku lagi. Kan dah dapat."
      "Oh! Buli anak daddy dengan mommy eh? Memang nak kena." Tan Sri Mansor melepaskan telinga Shahir dan Hakimy. Kasihan melihatkan telinga kedua-duanya sudah merah.
      "Tu lah. Anak mommy mana boleh sejuk-sejuk. Nanti dia demam. Saja je buat tak tahu eh?" Puan Sri Sheera turut melepaskan telinga Shahrul dan Irfan.
      Keempat-empat mereka menggosok-gosok telinga masing-masing. Mulut masing-masing mula memuncung seperti itik. Menyesal memperlakukan Melyssa sebegitu.
      "Sorry, mommy. Janji tak buat dah." Mereka bersuara serentak.
      Puan Sri Sheera berpandangan bersama suaminya, Mereka saling tersenyum bahagia. Sesungguhnya kelahiran Melyssa selepas abang ngahnya, Damien menambahkan keceriaan dalam keluarga mereka ditambah pula dengan kehadiran keempat-empat sahabat lelaki anak mereka yang sering berkunjung ke rumah menjadikan suasana di Teratak Bahagia itu semakin meriah.
      "Itulah. Lain kali jangan buli anak mommy la.."
      "Hachumm! Hachummmm!" Melyssa yang sudah lama berendam di dalam kolam renang mula bersin.
      Mereka terkejut. Terlupa dengan Melyssa yang masih berada di dalam kolam.
      "Ya Allah! Mel! Kenapa tak naik?" Tan Sri Mansor mula menarik anak bongsunya itu keluar dari kolam."
      "Mommy dengan daddylah. Tak nak tolong.. Hachumm! Mel.. Hachumm!!" Hingus mula meleleh keluar.
      Irfan, Shahrul, Shahir dan Hakimy mula mengetap bibir masing-masing. Perasaan bersalah mula mencengkam jiwa mereka.
      "Sheera. Bawak Mel masuk. Demam jugak anak dara ni karang."
      Puan Sri Sheera mengangguk akur. Dia membawa Melyssa naik ke atas.
      Tan Sri Mansor turut mahu melangkah namun terhenti sebaik namanya dipanggil. Dia menoleh. Kelihatan wajah keempat-empat remaja lelaki itu penuh dengan rasa bersalah.
      "Hmm daddy. Kitorang mintak maaf." Irfan berkata mewakili rakan-rakannya.
      Tan Sri Mansor tersenyum. Dia menepuk bahu Irfan. "Tak pe nak. Badan Mel yang manja sangat tu. Sejuk sikit tak boleh. Sudah! Tak payah nak buat muka bersalah dekat sini. Tak laku."
      Barulah wajah keempat-empat mereka bertukar ceria semula.
      "Ha! Jangan balik dulu tau. Lunch kat rumah daddy ya. Boleh? Ke kamu nak lunch kat rumah masing-masing?"
      Mata mereka bersinar. "Eh! Mestilah boleh!" Sahut mereka serentak berserta dengan sengihan.
      Tan Sri Mansor tertawa kecil melihatkan reaksi itu. Dia terus melangkah ke tangga untuk menuju ke bilik beradunya.





"Hachum! Hachummm! Err sejuk mommy.." Melyssa sudah mula menggigil.
      Syafiqah yang sedang berbaring di atas katil terkejut apabila pintu bilik dibuka. Tambah lagi rasa terkejutnya melihatkan sepupunya berada dalam keadaan basah kuyup. "Kenapa ni mak ngah?"
      Puan Sri Sheera yang sedang mendudukkan Melyssa ke atas katil memandang Syafiqah seketika. "Ni ha. Dia kena lambung dalam kolam tadi."
      Syafiqah mendekati Melyssa. Dia mendemah dahi gadis itu. "Hmm panas dah ni badan dia."
      Puan Sri Syeera terus merasa dahi anaknya. "Aahlah. Hai kamu ni Mel. Bila sejuk je demam. Manja anak mommy ni." Dia mengusap lembut pipi gebu anaknya yang mula kemerahan.
      Syafiqah yang menyaksikan perbuatan itu mengetap bibir. 'Bestnya kalau ibu pun buat macam tu dekat aku. Untung kau Mel.'
      "Mom... Mommy ni. Be.. Beb.. Bebel je kerja. Mel te.. tengah se.. ssse juk ni."
      "Alolo. Yalah. Tak bebel dah. Dah pergi tukar baju. Karang masuk angin pulak."
      Melyssa segera melangkah ke dalam bilik air yang memang terdapat di dalam bilik tidurnya. Dia tidak sabar mahu mandi dengan air panas. Tidak tahan dengan kesejukan yang mencengkam diri.
      Puan Sri Syeera melangkah ke pintu bilik. Sebelum dia keluar, dia menoleh ke arah anak saudaranya yang sedang termenung. "Syaf! Syafiqah."
      Syafiqah tersentak. "Ya mak ngah?"
      "Kamu menung apa? Jauh mak ngah tengok?"
      Syafiqah menggeleng perlahan. "Tak ada apa mak ngah. Letih sikit."
      "Oh! Kalau letih rehatlah. Mak ngah nak turun bawah. Nak tengok orang lelaki kat bawah tu buat apa. Jom turun makan."
      "Tak apa mak ngah. Kenyang lagi. Nanti kalau lapar Syaf turun dengan Mel ya."
      "Yalah kalau macam tu. Tolong tengokkan Mel ya. Rasanya nak demam anak dara tu."
      "Ok."
      Sebaik sahaja pintu bilik ditutup, Syafiqah segera membaringkan dirinya. Dia termenung jauh memikirkan nasibnya yang diabaikan oleh ibu kandungnya sendiri.






      "Mana Mel? Tak turun sekali?" Tanya Tan Sri Mansor.
      "Tengah mandi guna heater. Badan dah start panas tu."
      Keempat-empat remaja lelaki yang turut berada di meja makan mula menundukkan kepala masing-masing.
      Puan Sri Sheera tersengih melihatkan keadaan itu. "Sudah! Jangan nak rasa bersalah. Mommy tak marah punlah. Angkat kepala tu. Jemput makan."
      "Panas sangat ke badan dia, mommy?" Shahrul bersuara perlahan.
      "Tak. Dedar je. Tak ada apa yang korang nak risaukan. Pandailah mommy jaga anak manja mommy tu."
      Keempat-empat mereka menganggukkan kepala. Mereka mula menjamah makanan yang terhidang setelah berulang-ulang kali dijemput oleh kedua pasangan suami isteri yang sudah mereka anggap seperti ibu bapa kandung mereka.
      "Oh! Haah! Lupa abang nak tanya Sheera. Kasut warna merah tu macam kasut Syaf je. Dia ada kat sini ke?"
      "Haah. Dia datang. Macam biasalah weekend je dia datang sini."
      "Dah tu. Kenapa tak ajak dia lunch sekali?"
      "Dah ajak dah. Tapi dia cakap nak turun lunch sama dengan Mel."
      Tan Sri Mansor mengangguk perlahan. Dia menyambung suapannya semula.
      Irfan yang mendengarkan nama itu terus terhenti suapan. Dia memandang ke atas. 'Dia ada kat sini?'





      "Hachum! Hachum! Hesy.." Melyssa lap hidungnya yang meleleh.
      Syafiqah tertawa kecil. "Baru jatuh dalam kolam dah demam?"
      Melyssa mendengus. "Diamlah kau! Memekak je." Dia bergerak ke arah bakul baju kotor lalu dicampakkan pakaiannya yang basah. Kemudian dia bergerak ke tempat penyidai tuala.
      "Tu lah. Manja sangat. Cuba,," Kata-kata Syafiqah terus terhenti setelah terpandangkan renungan tajam sepupunya daripada pantulan cermin meja solek. Dia mengangkat kedua-dua tangannya ke atas tanda 'surrender'. 'She's not in the good mood. Baru nak usik.'
      Sesudah menyikat rambut perangnya, Melyssa terus memanjat katilnya lalu memejamkan mata. Kepalanya terasa pusing.
      Syafiqah mencuit bahu Melyssa. "Weh, jomlah turun makan. Aku laparlah."
      "Hesy! Kau pergi jela turun. Sibuk ajak aku, Jangan kacau!"
      Syafiqah mencebik. 'Hmm nanti-nanti jela turun makan. Tunggu sampai mamat gedik tu balik.' Dia turut memejamkan mata.
      Burrrr.. Burrrr.. Perut Syafiqah berkeroncong.
      Melyssa membuka matanya mendengarkan bunyi yang sungguh tidak sedap didengari itu. Dia berpusing ke arah Syafiqah. Perlahan bahu gadis itu ditepuk. "Syaf.. Kalau lapar pergilah turun makan."
      Syafiqah senyum. "Tak apalah. Nanti aku turunlah."
      Melyssa mengeluh. Kemudian dia bangun daripada perbaringan. "Hmm.. Jomlah turun makan."
      "Eh! Kau kan tak sihat? Tak payahlah risaukan aku." Syafiqah tarik lengan Melyssa sehingga gadis itu terduduk semula.
      "Pleaselah. Buang masa je risaukan kau. Aku pun dah lapar ni." Melyssa bergerak perlahan ke pintu bilik,
      Syafiqah mencebikkan bibirnya. 'Kurang asam punya sepupu. Sempat dia kutuk aku. Tak padan dengan sakit.'
      "Woi! Kau berangan apa lagi? Cepatlah."
      "Yalah. Aku datanglah ni, Cik Melyssa oi!"
      Kehadiran mereka berdua di ruang makan disambut dengan enam pasang mata. Melyssa menarik kerusi kosong disebelah Irfan manakala Syafiqah pula terpaksa duduk bertentangan dengan Irfan kerana lengannya terlebih dahulu ditarik oleh Puan Sri Sheera supaya duduk di sebelahnya, di kerusi yang bertentangan dengan lelaki itu, lelaki yang paling dibencinya!
      Melyssa menarik mangkuk yang berisi lauk kegemarannya, ayam masak merah lalu dicedok ke dalam pinggannya. Dengan lafaz bismillah, dia memulakan suapan.
      Irfan mendemah dahi gadis itu. "Hmm panasnya. Kau demam eh?"
      Melyssa menjeling. "Soalan 'bijak' apa yang kau tanya ni, Encik Irfan oi? Demamlah. Ni semua korang punya fasal." Dia menolak kasar tangan lelaki itu.
      Irfan menggigit bibir. Dia memandang ketiga-tiga rakannya. 'Budak ni merajuklah, bro-bro sekalian.'
      Mereka bertiga mengangguk. 'Tahu dah. Tengok muka dah tahu. Lagipun she's not in the good mood.'
      Irfan mengangguk. 'Betul tu.'
      Tan Sri Mansor yang perasankan perbualan dalam diam keempat-empat remaja lelaki itu hanya menggeleng perlahan. "Mel sayang. Cuba cakap lembut-lembut sikit."
      Melyssa hanya diam menikmati makanannya.
      Puan Sri Sheera menggosok tangan suaminya. Dia menggelengkan kepalanya kepada suami tercinta. Anak gadisnya itu jika tidak sihat bukan boleh dikacau. Mahu satu rumah diamuknya nanti.
      Syafiqah yang sedang asyik menjamu selera tiba-tiba tersedak. Dia segera mencapai air sirap yang berada di hadapannya lalu diteguk rakus. Setelah tekaknya lega, dia terperasankan sesuatu. Gelasnya berada di sebelah kanan! 'Alamak! Gelas siapa yang aku capai ni?' Dia mengangkat kepala. Semua yang berada di meja makan memandangnya. Dia memandang muka sepupunya. 'Jangan cakap aku minum air...'
       Melyssa dengan muka yang selamba berkata, "Aah. Kau minum air dak Ipan."
       Syafiqah telan liur. Dia memegang bibirnya yang menyentuh bekas bibir Irfan. Mukanya berona merah. 'Malunya!!!!'
       Irfan terkedu. Dia turut menyentuh bibirnya. 'Malunya! Tapi kenapa aku macam suka ni? Kau dah kenapa Pan?'
      Melyssa berpandangan dengan Shahrul, Shahir dan Hakimy. Mereka tersengih. 'So sweet!'
      Tan Sri Mansor dan Puan Sri Sheera turut tersenyum. Faham sangat.
      






   
     
..... ( x tau nk tulis tjk ape ary nie, hehe )
Tuesday 22 April 2014 - Permalink - 0 Comments
Assalamualaikum & hello hello hello.. hehe
   hye guys.. ary ni aq ade trbce something dkt stu wall fb ni.. ape die?? ckpla kuat cket.. owh, nk tau psl ape?? ok, no hal.. aq leh cite tpi byr dulula, hehe.. just kidding.... yola, nk cite le nie.. sabo le..
  • PEREMPUAN LELAKI YANG SAMA UMUR - Couple yang sama umur negatifnya sama-sama ego.. Susah nak memahami antara satu sama lain.. Rajin gaduh.. Mood yang berubah-rubah.. Masing-masing pulak nak tunjuk hebat tapi jangan risau sebab pasangan macam ni tetap setia.. Biase laaa darah muda..
  • PEREMPUAN MUDA DARI LELAKI - Ini normal tapi memamg sweet.. Perempuan macam ni selalunya jenis yang ceria.. Kelakar.. Cakap banyak.. Sporting tapi kuat cemburu.. SensItif.. Dan laki kena banyak ikut kemahuan dia.. Kurang matang tapi memahami.. Sebenarnya perempuan yang lebih muda dari pasagannya ni.. Nak kan perhatian yang lebih dari pasangnnya..
  • LELAKI MUDA DARI PEREMPUAN - Perempuan yang lebih tua dari laki ni selalunya bersikap matang.. Setia.. Banyak menegur.. Peramah.. Suka tengok orang yang dia sayang tu bahagia.. Tapi dia suka bersedih sendirian.. Ego.. Cemburu.. Sensitif.. Mudah wasangka.. Cepat merajuk.. Susah dipujuk.. Susah nak paham kehendaknya, tak suka ditegur.. Emosi tapi jangan risau sebab dia ni seorang penyayang dan pandai menghargai orang..
  ha, da abes bce da?? ape die?? korg tnye betol ke x mende ni?? owh, sorry guys.. aq x tau la.. ni aq sje nk share.. ok, ade stu lgi aq nk share..

5 PERKARA TERPENTING PERLU ANDA TAHU MENGENAI SOLAT.. 

Solat Subuh ~► Wajah yang cantik

Solat Zohor ~► Duit yang banyak

Solat Asar ~► Kesihatan yang baik

Solat Maghrib ~► Anak2 yg cerdik dan berjaya

Solat Isyak ~► Tidur yang nyenyak tanpa gangguan

Kata Nabi Muhammad S.A.W :

Barangsiapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya
Barangsiapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezeki yang berkat
Barangsiapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan
Barangsiapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat
Barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak ....

hmm, kla.. da ngantok ni.. nite & assalamualaikum.. ;)

owh, sebelum tu tgk2la video kt bwh ni ye..

  

 

By,
LufiaSyaf


Baca & fahamkan...
Wednesday 16 April 2014 - Permalink - 0 Comments
Assalamualaikum, hye readers..

Ha, ary ni aq nk share bnyk mende ngn korg..hope korg ley amek iktibar/faedah drpde ape
yg aq share ary nie..tpi sebelum tu, aq nk citela cket ape yg jdi skola ary tu( x ingt ary ape )..hujan lebt sgt mse tu.. abes sume bnde trbg disbbkn angin yg kuat sgt tu.. aq ni pon nyaris2 je nk trbg..bole jugk
join yg len trbg kan, hehe.. serious, takut gile tdi.. dhla angin tu kuat smpai aq yg tgh naik tgga tu lgi cket nk brgolek kt bwh.. ni kalo bdn yg halus2 tu, abesla.. pstu aq ngn budk2 tdi selamberrr derk je men
hujn.. last2 kene mrh ngn cikgu, haha pdn muke.. tpi aq x kene mrh ok.. sebelum kene mrh, aq da cabut dulu, hehe.. ekh, aq rse mcm da lari sgt drpde topik kite utk ary ni kan.. hehe, yola.. msk blk ke topik yg asl
ye ank2..ni aq copy drpde fb tau.. sje nk share ngn korg.. sharing is caring, right??hehe..

  PERSAHABATAN...

Tidak akan pernah cair di musim panas...

Tidak akan pernah beku dimusim dingin...

Tidak akan pernah luruh dimusim gugur...

Namun...

PERSAHABATAN...

Akan selalu berbunga walau tidak dimusim semi..

persahabatan itu sentiasa kekal dan tiada akhirnya

andai persahabatan itu ada kejujuran dan keikhlasan..

ingin lihat siapa sahabat bukanlah dilihat waktu kita bahagia

tapi lebih kepada siapa yang akan bersamamu saat dirimu menangis dan terjatuh dalam kehidupan..

ha, tu die ape yg aq nk share ary ni.. tpi ary ni aq nk cite pnjg2 ley x??
sbb ape yg aq bce ni hrp2 korg bolela amek ape2 iktibar ke ape ke, ye
dok..

  Orang Yg Mencintai Manusia , Menangis Ditinggalkan Kekasih .

Orang
Yg Mencintai Allah , Menangis Kerana Rindukan KekasihNya , Muhammad
Rasulillah . Baginda S.A.W Menangis Kerana Rindukan Kita Umatnya Tapi
Sayang Seribu Kali Sayang ,

Kita Menangis Kerana Seorang Manusia , Allah..

   “Kita akan diuji dan terus diuji, teruslah bersabar duhai pengejar cinta Ilahi

Makin Allah uji, makin Allah mencintai

Kata cinta kepadaNya, maka buktikanlah cinta itu dengan akur pada setiap takdiranNya”

   Ku tetap "TERTAWA" walau aku sebenarnya ingin "MENANGIS".

Aku tetap "TERSENYUM" walau aku sebenarnya "KECEWA".

Aku tetap "KUAT" walau aku sebenarnya "SUDAH LEMAH".

Aku tetap "SEMANGAT" walau aku "TERTEKAN" oleh masalah.

Dan yang penting ↓↓

Aku tetap SABAR dan memandang segalanya baik saja walau sebenarnya
hatiku sedang MERANA karena aku tahu Allah senantiasa disisiku.

Subhanallah....

ha,
tu je.. kla, smpai cni je cite utk ary ni.. tpi sebelum tu, ape kata korg dgr hero aq nyer new cover..
so enjoy it ;).. nite & assalamualaikum..



By,
LufiaSyaf
Rumah yg Disukai Malaikat..
Tuesday 15 April 2014 - Permalink - 0 Comments
Assalamualaikum, hye guys..
  ary ni aq nk share psl rumah yg disukai malaikat.. aq ade bce kt satu site ni.. bce smpai abes tau..

Rumah bkn sekadar tempat utk kita berlindung drpd panas & hujan. Rumah juga bkn sekadar tempat utk kita berehat lpskn letih & penat setelah seharian bekerja. Rumah juga mesti mnjdi tempat yg dpt meningkatkan keimanan & ketakwaan kita kpd Allah SWT & juga mnjdi tempat yg disukai oleh malaikat..
Mudah-mudahan rumah yg disukai oleh malaikat akn mndpt banyak rahmat, nikmat & doa drpd malaikat utk kita..

Antara rumah yg disukai oleh malaikat ialah:

  • rumah mereka yg bersuci & berzikir
  • rumah mereka yg rukuk & sujud.. mempunyai ruang utk solat berjemaah
  • rumah mereka yg bersifat benar & menepati janji
  • rumah mereka yg makanannya halal
  • rumah mereka yg penghuninya bersilatur rahim
  • rumah mereka yg berbuat baik kpd ibu bapa
  • rumah suami isteri yg soleh & solehah
  • rumah mereka yg x melakukan perkara haram & munkar
  • rumah mereka yg mengamalkan salam & meminta izin
  • rumah mereka yg bersifat merendah diri & saling hormat-menghormati
  • rumah mereka yg menolak perkara2 keji
  • rumah mereka yg penuh dgn kasih syg antara penghuninya      
 Jadikanlah rumah kita spt yg disebutkan di ats.. Mudah-mudahan rumah kita penuh dgn rahmah & berkah drpd Allah SWT.. InsyaAllah, amin.. Ok, smpai cni je yg aq nk share ngn korg.. Nnti aq share lgi dkt entry yg akn dtg.. Nite readers & assalamualaikum..

By,
LufiaSyaf

1. Rumah mereka yang bersuci dan berzikir..

2. Rumah orang yang rukuk dan sujud... ada ruang untuk solat berjemaah..

3. Rumah orang yang bersifat benar dan menunaikan janji..

4. Rumah yang makanannya halal...

5. Rumah yang penghuninya bersilatur rahim..

6. Rumah yang penghuninya berbuat baik terhadap ibu bapa..

7. Rumah suami isteri yang soleh dan solehah..

8. Rumah penghuninya tidak melakukan perkara haram dan munkar..

9. Rumah yang penghuninya mengamalkan salam dan meminta izin..

10. Rumah yang penghuninya bersifat merendah diri dan hormat menghormati..

11. Rumah yang menolak perkara-perkara keji...

12. Rumah yang penuh kasih sayang antara penghuninya....


Jadikanlah rumah kita seperti yang disebutkan... Mudah-mudahan penuh rahmah dan berkah dari Allah SWT......insyaALLAH...amin.


- See more at: http://www.puspitakirana.com/2012/02/rumah-yang-disukai-malaikat.html#sthash.Hyse8cJS.dpuf
Rumah bukan sekadar tempat kita berlindung dari panas dan hujan.. Rumah juga bukan sekadar tempat untuk kita berehat melepaskan lelah lenguh, setelah penat bekerja... Rumah juga mesti menjadi tempat yang dapat meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT, dan juga menjadi tempat yang disukai oleh malaikat... Mudah-mudahan rumah yang disukai oleh Malaikat akan banyak rahmat, nikmat dan doa dari malaikat untuk kita...

Antara rumah yang disukai oleh malaikat ialah:

1. Rumah mereka yang bersuci dan berzikir..

2. Rumah orang yang rukuk dan sujud... ada ruang untuk solat berjemaah..

3. Rumah orang yang bersifat benar dan menunaikan janji..

4. Rumah yang makanannya halal...

5. Rumah yang penghuninya bersilatur rahim..

6. Rumah yang penghuninya berbuat baik terhadap ibu bapa..

7. Rumah suami isteri yang soleh dan solehah..

8. Rumah penghuninya tidak melakukan perkara haram dan munkar..

9. Rumah yang penghuninya mengamalkan salam dan meminta izin..

10. Rumah yang penghuninya bersifat merendah diri dan hormat menghormati..

11. Rumah yang menolak perkara-perkara keji...

12. Rumah yang penuh kasih sayang antara penghuninya....


Jadikanlah rumah kita seperti yang disebutkan... Mudah-mudahan penuh rahmah dan berkah dari Allah SWT......insyaALLAH...amin.

- See more at: http://www.puspitakirana.com/2012/02/rumah-yang-disukai-malaikat.html#sthash.Hyse8cJS.dpuf
Rumah bukan sekadar tempat kita berlindung dari panas dan hujan.. Rumah juga bukan sekadar tempat untuk kita berehat melepaskan lelah lenguh, setelah penat bekerja... Rumah juga mesti menjadi tempat yang dapat meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT, dan juga menjadi tempat yang disukai oleh malaikat... Mudah-mudahan rumah yang disukai oleh Malaikat akan banyak rahmat, nikmat dan doa dari malaikat untuk kita...

Antara rumah yang disukai oleh malaikat ialah:

1. Rumah mereka yang bersuci dan berzikir..

2. Rumah orang yang rukuk dan sujud... ada ruang untuk solat berjemaah..

3. Rumah orang yang bersifat benar dan menunaikan janji..

4. Rumah yang makanannya halal...

5. Rumah yang penghuninya bersilatur rahim..

6. Rumah yang penghuninya berbuat baik terhadap ibu bapa..

7. Rumah suami isteri yang soleh dan solehah..

8. Rumah penghuninya tidak melakukan perkara haram dan munkar..

9. Rumah yang penghuninya mengamalkan salam dan meminta izin..

10. Rumah yang penghuninya bersifat merendah diri dan hormat menghormati..

11. Rumah yang menolak perkara-perkara keji...

12. Rumah yang penuh kasih sayang antara penghuninya....


Jadikanlah rumah kita seperti yang disebutkan... Mudah-mudahan penuh rahmah dan berkah dari Allah SWT......insyaALLAH...amin.

- See more at: http://www.puspitakirana.com/2012/02/rumah-yang-disukai-malaikat.html#sthash.Hyse8cJS.dpuf